05/06/2018 News Flash
SUMBANGAN KELENGKAPAN SOLAT
Sumbangan telah disampaikan kepada wakil dari 27 masjid dan surau di sekitar negeri Perlis termasuk Pusat Islam UiTM Perlis. Sumbangan adalah hasil dari "Kempen Infaq Satu Alumni Satu Set Kelengkapan Solat" yang telah dilancarkan pada 9 April 2018 oleh Persatuan. Ianya berlangsung selama 3 minggu dengan tarikh akhir menerima sumbangan ialah pada 30 April 2018. Sumbangan adalah berupa telekung, sejadah, kain pelikat dan juga selipar.
PELUANG KERJAYA BERSAMA QSR BRANDS (M) HOLDINGS BHD
Seramai 200 orang pelajar semester akhir UiTM Perlis telah dijemput untuk menghadiri taklimat kerjaya yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Azahari Mohd Kamil dan Pengurus Besar, Sharifah Musainah Syed Alwi. Beberapa wakil dari QSR Brands juga telah hadir dalam program tersebut. QSR Brands adalah syarikat yang menguruskan KFC dan Pizza Hut Malaysia.
PENYAMPAIAN ZAKAT PERIBADI OLEH DATUK MOHAMED AZAHARI BIN MOHAMED KAMIL
Datuk Azahari juga telah berbesar hati untuk menyampaikan sendiri zakat peribadi beliau kepada 200 pelajar asnaf terpilih semester akhir UiTM Perlis.
PERBINCANGAN DI ANTARA PERSATUAN ALUMNI UITM PERLIS DENGAN PIHAK PENTADBIRAN DAN AHLI AKADEMIK UITM PERLIS
Perbincangan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama di antara kedua-dua pihak di dalam usaha mempersiap dan memperkasakan pelajar-pelajar dalam menempuh cabaran global bila tamat belajar nanti sebelum mereka melangkah ke dalam industri di luar sana.